Saturday, May 16, 2020
Friday, May 15, 2020
Norma baharu PDPC murid semakin mencabar (12-15 Mei 2020)
Murid-murid Pra Ixora SK Kerupang melakonkan watak guru dan murid semasa menjalankan PDPC di rumah |
SK Kerupang: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPD) telah mula dilaksanakan pada 13 Mei 2020. Sektor pendidikan seperti Universiti, Kolej dan Sekolah masih lagi tidak dibenarkan beroperasi oleh kerajaan bagi membendung penyebaran wabak Covid-19.
Namun situasi ini tidak menghalang para guru SK Kerupang untuk menjadi lebih kreatif serta mengunakan teknologi yang ada demi memastikan proses pembelajaran dan pengajaran murid tidak terabai sepanjang tempoh kritikal ini.
#skkerupang
#stayathome
#dudukrumah
#kitapastimenang
Tuesday, May 12, 2020
Video pilihan pembelajaran murid di rumah
Walaupun dalam keadaaan PDPB. Pembelajaran murid masih dapat diteruskan dengan usaha dan kesungguhan daripada guru dan ibubapa untuk memastikan anak-anak tidak tertinggal dalam pembelajaran.
Pembelajaran Bahasa Cina murid 1B oleh Cikgu Ting
Pendidikan Kesihatan 2A dan 2B oleh Cikgu Norailing Voo
Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu
BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU. Tema sembutan Hari Guru 2020 menyentuh peranan guru dalam memperkasa keilmuan dan profesionalisme bagi membina generasi baharu negara yang dapat memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Monday, May 11, 2020
Program Ihya' Ramadhan SK Kerupang 1441H/ 2020
SK Kerupang - Sempena Bulan Ramadhan tahun ini, Panitia Pendidikan Islam SK Kerupang telah mengadakan pelbagai program bagi mengimarahkan bulan yang mulia ini. Antara program yang dijalankan ialah Tilawah Al-Quran, Diari Ramadhan, Ramadhan Corner dan Tabung Ramadhan SKK.
Subscribe to:
Posts (Atom)