Sejarah Sekolah

 Nama asal sekolah ini adalah Sekolah Rendah Kerajaan  atau Government Primary School. Bangunan sekolah ini telah dibina oleh Kerajaan Negeri  Sabah pada tahun 1931 di Kampung Kerupang. Sekolah ini diasaskan oleh 4 orang Ketua Kampung iaitu :-

 1. Tuan Haji Edin Bin Ali ( Kg. Kerupang )

2. Tuan Haji Ibrahim Bin Haji Mohamad ( Kg.Nagalang )

Tuan Haji Salam Bin Basaman ( Kg.Pantai )

Tuan Haji Yusof Bin Matsarudin ( Kg. Durian Tunjong )

Pada tahun 1945, Jepun memerintah Labuan, sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah tergendala dan Bahasa Melayu ditukar kepada Bahasa Jepun. Selepas Jepun menyerah kalah aktiviti pembelajaran diteruskan dalam Bahasa Melayu dan ditambah dengan mata pelajaran Bahasa Inggeris dalam tahun 50-an. Pada tahun 1962, bangunan sekolah ditambah dengan sebuah lagi bangunan yang terdiri daripada tiga buah bilik darjah dan dua buah rumah guru.

Pada tahun 1982 dua buah bangunan dan dua buah rumah guru telah dibina. Sebuah bangunan kayu lagi dibina untuk bilik khas seperti bilik TV, Perpustakaan, bilik Sains, Kantin dan dua buah rumah guru pada tahun 1984. Bangunan yag dibina tahun 1962 telah dirobohkan untuk pembinaan dua buah rumah guru tersebut. Pada tahun 2001, bangunan baru dibina di atas tapak asal bagi menggantikan bangunan lama dan digantikan kepada bangunan konkrit. Pada Jun 2002, bangunan itu telah siap sepenuhnya dan telah digunakan pada semester kedua persekolahan.

Pada tahun 2005, sebuah makmal komputer telah dibina dan siap sepenuhnya dan telah digunakan mulai pada tahun 2006. Pada tahun 2007 tambahan 1 blok bangunan untuk kelas dan 1 blok bangunan untuk pejabat pentadbiran telah dibina. Bangunan tersebut telah siap sepenuhnya dan telah digunakan pada tahun 2009.

        Pembinaan bangunan dua blok yang baru tersebut telah mengubah rutin perjalanan sekolah ini. Pembinaan tersebut bermula pada pertengahan tahun 2007 dan telah siap pada penghujung tahun 2008. Ini telah mengubah sesi pengurusan dan persekolahan di SK Kerupang. Pada Januari 2009, SK Kerupang secara rasmi telah berpindah ke bangunan baru tersebut.  Terdapat bilik khas disediakan di bangunan blok ini seperti  Makmal j-QAF, Kelas Pra Sekolah Rafflesia dan  bilik-bilik kelas. Manakala di bangunan blok pentadbiran pula menempatkan pejabat am,  bilik Guru Besar, bilik Penolong bilik Pembantu Tadbir, bilik percetakan, stor, bilik rehat’, ruang pejabat dan ruang tetamu.

  Dari awal penubuhan sekolah sehingga hingga sekarang, SK Kerupang telah ditadbir oleh seramai 18 orang Guru Besar yang banyak menyumbangkan jasa dan bakti dalam pelbagai aspek untuk meningkatkan prestasi sekolah dan kemenjadian murid dalam bidang akademik, sahsiah dan juga kokurikulum. Sehingga kini, sekolah ini  telah dilengkapi dengan 2 buah kelas pra-sekolah, taman permainan , 18 bilik kelas, Pusat Sumber sekolah,  Bilik Kesihatan (Doktor Muda), Bilik  pinjaman buku teks SPBT, Bilik  Pemulihan Khas,Makmal Komputer, Bilik Tayang, Bilik Bahasa Cina, Bilik Pendidikan Seni dan Visual, Bilik Pendidikan Moral, Bilik Badan Pengawas dan Disiplin, Bilik Bimbingan dan kaunseling dan Bilik Gerakan.



No comments:

Post a Comment