Wednesday, July 1, 2020

Murid-murid cilik SK Kerupang mula bersekolah hari ini

Keriangan terpancar dalam kalangan anak-anak murid Pra Sekolah SK Kerupang kerana telah memulakan sesi persekolahan pada hari ini setelah lebih 3 bulan bercuti akibat penularan pendemik Covid19. 

Seramai 13 orang murid-murid dari PraSekolah Rafflesia dan PraSekolah Ixora mula tiba ke sekolah  seawal 7.00 pagi dengan ditemani oleh ibubapa masing-masing. Bagaimanapun suasana pagi ini agak berbeza dari sebelumnya kerana mereka dikehendaki mengamalkan norma baharu dan serta mematuhi SOP seperti yang telah disarankan oleh Kementerian Kesihatan malaysia (KKM) sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam kawasan sekolah.

Turut hadir sama membuat pemantauan sesi pembukaan Prasekolah hari ini ialah Pn Sitti Rahimah Hj Yusuppu selaku Pegawai Angkat sekolah dari Jabatan Pendidikan WP Labuan. 

Murid dan Ibubapa diperiksa suhu sebelum memasuki kawasan sekolah