Thursday, April 22, 2021

JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT PERINGKAT KEBANGSAAN

Kempen Jom Baca Bersama  Peringkat Kebangsaan  
bagi tahun 2021

SK Kerupang, 22 April- Hari ini merupakan Kempen Jom Baca Bersama untuk 10 Minit Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2021, kempen ini juga telah dilaksanakan secara serentak di seluruh negara iaitu pada 22 April 2021, masa 11:00 pagi hingga 11:30 pagi di lokasi masing-masing. Tujuan program ini adalah sempena Dekad Membaca Malaysia (2020-2030).

SK KERUPANG JOHAN DAN NAIB JOHAN PERTANDINGAN BERCERITA CERITA

Pada 15/04/2021 jam 3:30 petang bersiaran langsung di Facebook Perpustakaan Awam Labuan. Dua orang anak didik SK Kerupang telah dinobatkan sebagai Johan dan Naib Johan ''Pertandingan Bercerita Cerita'' anjuran Perpustakaan Awam Labuan sempena Kempen Galak Guna Perpustakaan Bil. 1/2021


Johan telah di sandang oleh adik Nur Arieana Syahziera Binti Abu Bakar yang berumur 11 tahun dengan tajuk video Oreoku Sayang. Bagi tempat naib johan pula telah dimenangi oleh adik Anis Hamraa Hazimah Binti Taufik berumur yang 12 tahun dengan tajuk video Si Dhabit Yang Bervisi.