Monday, June 8, 2020

Selamat Kembali, Norma Baharu belajar dari rumah bermula selasa 9 Jun 2020.


Selamat Kembali bersekolah kepada semua murid-murid SK Kerupang.

Dalam Tempoh Perintah kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini, semua aktiviti pembelajaran dan pengajaran masih lagi dilaksanakan secara atas talian (online). Norma Baharu Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) dari rumah akan bermula pada hari Selasa, 9 Jun 2020 mengikut jadual sedia ada.(Jadual PDPC PKPP)

Oleh yang demikian, bagi memastikan proses pdp ini berjalan dengan baik. Beberapa perkara perlu diambil kira oleh ibubapa dan anak-anak.

1. Pilih Tempat yang sesuai
    
Tempat belajar anak-anak perlulah lebih kondusif. Pemilihan tempat yang selesa dapat memberikan fokus kepada anak-anak dalam belajar dan membuat setiap latihan yang diberikan oleh guru. Peralatan ICT seperti komputer dan laptop perlu diletakkan berjauhan dari TV dan peralatan lain yang boleh menganggu tumpuan anak-anak semasa belajar. Bagi rumah yang tidak mempunyai penghawa dingin, pastikan kipas dan tingkap sentiasa terbuka bagi memastikan oksigen dan cahaya yang cukup untuk mengelakkan anak-anak daripada mengantuk.

2. Mengatur masa

Masa sangat memainkan peranan yang penting dalam PdP yang berkesan. Waktu pagi antara 7 pagi hingga 10 pagi adalah waktu yang paling sesuai anak-anak belajar kerana pada waktu ini mereka biasanya mereka sudah bersedia selepas bangun tidur, mandi dan sarapan yang seimbang. Waktu petang biasa mereka lebih cenderung untuk tidur dan bermain.Oleh itu pembelajaran berbentuk hands on, inquri dan projek mudah sangat sesuai untuk mereka.Bagi ibubapa yang cuti dan tidak bekerja, bolehlah bawa anak-anak berkebun, memasak , bermain dan mereka cipta sesuatu yang baharu.