PERUTUSAN GURU BESAR

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,Bersyukur kita kehadrat Allah SWT dengan limpah kurnia serta izinNya, Portal Maya Sekolah  dapat diwujudkan. Kandungannya yang disusun rapi dan penuh dengan informasi akan dapat memberikan panduan kepada murid, guru, ibubapa dan komuniti mendapatkan maklumat yang cepat.

Selama ini usaha gigih yang dijalankan oleh warga sekolah telah berjaya meletakkan sekolah ini sebagai salah sebuah sekolah cemerlang di negeri Sabah. Tahniah dan syabas kepada semua Penolong Kanan, guru, staf, murid, PIBG dan ibu bapa yang memberikan sumbangan ke arah kecemerlangan sekolah.

Selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025, seluruh warga sekolah perlu berkerja sebagai satu pasukan dan memberikan komitmen terbaik untuk memenuhi matlamat yang ditetapkan agar segala usaha yang membuahkan kejayaan dan kecemerlangan memberi satu kepuasan kerja dalam profesion yang kita ceburi ini.

Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada jawatankuasa yang terlibat dalam menghasilkan laman web ini. Marilah kita memohon petunjuk daripada Allah SWT, mudah-mudahan segala usaha murni yang kita lakukan ini diberkati serta mendapat kejayaan dan keredaanNya jua.

Akhir kata kepada semua guru dan staf selamat bertugas dan teruskan usaha gigih kita agar sekolah kita terus cemerlang dalam pelbagai bidang serta menjadi kebanggaan kita bersama.
 
    Sekian, Wassalam.

Yang Menjalankan Amanah

Hjh Aini Bt Hj Salleh
Guru Besar 
SK Kerupang