Friday, May 8, 2020

Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum Sepanjang tempoh PKP

Walaupun  sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dilaksanakan, namun aktiviti kokurikulum murid-murid SK Kerupang tetap berjalan seperti biasa.  Pelaksanaan aktiviti ini merupakan satu inisiatif sekolah dalam menyahut seruan kerajaan agar murid-murid tidak ketinggalan dan dapat mengikuti pembelajaran berterusan dirumah dalam keadaan yang selesa dan selamat.

Pelaksanaan aktiviti kokurikulum ini dibuat bagi murid-murid tahap 2 selama 30 hingga 60 minit setiap rabu sepanjang tempoh PKP dilaksanakan. Sambutan dalam kalangan murid SK Kerupang  sangat mengalakkan. Pelbagai aktiviti yang dilaksanakan di rumah seperti berkebun, membersihkan rumah, memasak, melukis, menyanyi, membuat ikatan, gubahan bunga dan sebagainya.



Ian 6B

Thursday, May 7, 2020

Tahniah Tuan Pengarah.. Jasamu dikenang

Seluruh warga SK Kerupang mengucapkan Tahniah kepada Tn Raisin Bin Saidin, Pengarah Jabatan Pendidikan W.P Labuan di atas pelantikan beliau sebagai Timbalan Pengarah Kanan, Sektor Perancangan dan Pengoperasian, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia. Terima kasih di atas segala jasa dan sumbangan dalam membantu menaikkan taraf pendidikan anak-anak W.P Labuan.




Wednesday, May 6, 2020

Pembelajaran Murid di rumah PKPD 4-8 Mei 2020-Bhg1

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPD) telah mula dilaksanakan mulai 4 Mei ini. Sebahagian sektor ekonomi dan sosial telah dibuka semula bagi memudahkan masyarakat menjalankan pelbagai urusan. Bagaimanapun, sektor pendidikan seperti Universiti , kolej dan sekolah masih lagi ditutup operasinya..

Oleh itu, PDPC murid sepanjang minggu ini masih lagi dijalankan dirumah masing-masing. Pelbagai kaedah baharu telah digunakan oleh guru-guru dalam memastikan pembelajaran murid tidak tertinggal. Antaranya ialah kaedah Inkuiri dan  Projek Based Learning.