Walaupun sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dilaksanakan, namun aktiviti kokurikulum murid-murid SK Kerupang tetap berjalan seperti biasa. Pelaksanaan aktiviti ini merupakan satu inisiatif sekolah dalam menyahut seruan kerajaan agar murid-murid tidak ketinggalan dan dapat mengikuti pembelajaran berterusan dirumah dalam keadaan yang selesa dan selamat.
Pelaksanaan aktiviti kokurikulum ini dibuat bagi murid-murid tahap 2 selama 30 hingga 60 minit setiap rabu sepanjang tempoh PKP dilaksanakan. Sambutan dalam kalangan murid SK Kerupang sangat mengalakkan. Pelbagai aktiviti yang dilaksanakan di rumah seperti berkebun, membersihkan rumah, memasak, melukis, menyanyi, membuat ikatan, gubahan bunga dan sebagainya.
Ian 6B |
Ok
ReplyDelete