Sunday, August 29, 2021

MAJLIS BACAAN YASIN SERTA PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN DAN KIBAR JALUR GEMILANG PERINGKAT SK KERUPANG 2021

Majlis Bacaan yasin dan Pelancaran Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat sekolah telah dijalankan pada 27 Ogos 2021. Majlis bacaan yasin dimulakan pada pukul 7.00 malam seterusnya Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat sekolah.


Majlis didahului dengan Bacaan Yasin yang dipimpin oleh Uztaz Mohd Nor Azlan. Seramai lebih kurang 150 orang murid, ibubapa dan dan guru menyertai majlis tersebut. 

Majlis Pelancaran Sambutan Hari kebangsaan peringkat sekolah dimulakan dengan Lagu Negaraku, lagu Wilayah dan pelancaran Montaj perasmian yang disediakan oleh Unit ICT SK Kerupang. Dalam ucapan perasmiannya. En Yusof menegaskan bahawa murid-murid perlu menghayati erti sebenar kemerdekaan dengan menguasai kemahiran baharu terutama kaedah pembelajaran secara maya. 

Majlis berakhir kira-kira pukul 8.30 malam

Video Montaj Pelancaran