Kegembiraan terpancar selepas menerima sumbangan dairpada Guru Besar |
SK Kerupang – RAMADAN datang lagi.
Bulan mulia yang penuh keberkatan ini tidak wajar dibiar berlalu begitu sahaja
tanpa sebarang pengisian ke arah mencari keredhaan Allah S.W.T. Sabda
Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“Sesungguhnya telah
datang kepadamu bulan Ramadan (dengan kelebihan yang lain): Bulan penuh
keberkatan, Allah memfardhukan puasa atas kamu, dibuka pintu-pintu Syurga,
dikunci pintu-pintu Neraka, dibelenggu Syaitan (supaya tidak mengganggu umat
Muhammad S.A.W daripada melakukan pelbagai ibadat), di dalam ada Malam Qadar
iaitu satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Sesiapa yang tiada
diberikan kebajikan malam itu maka sesungguhnya dia tidak diberikan kebajikan
kepadanya.” (Hadis Riwayat at-Tabrani)
Justeru itu, seperti kebiasaan pada setiap kemunculan Ramadan, Panitia Pendidikan Islam SK Kerupang akan mengadakan pelbagai aktiviti bagi mengimarahkan bulan yang penuh keberkatan ini. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti Solat Tarawikh, Tadarus Al-Quran, Majlis Khatam Al-Quran, Tazkirah Rarmadan, Program Mahabah dan Program Semarak Kasih Ramadan