Tuesday, May 18, 2021

PROGRAM SEMARAK KASIH RAMADAN MERAIKAN ANAK-ANAK YATIM DAN GOLONGAN ASNAF SAMBUT 1 SYAWAL


Kegembiraan terpancar selepas menerima sumbangan dairpada Guru Besar

SK Kerupang – RAMADAN  datang lagi. Bulan mulia yang penuh keberkatan ini tidak wajar dibiar berlalu begitu sahaja tanpa sebarang pengisian ke arah mencari keredhaan Allah S.W.T. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

 

“Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadan (dengan kelebihan yang lain): Bulan penuh keberkatan, Allah memfardhukan puasa atas kamu, dibuka pintu-pintu Syurga, dikunci pintu-pintu Neraka, dibelenggu Syaitan (supaya tidak mengganggu umat Muhammad S.A.W daripada melakukan pelbagai ibadat), di dalam ada Malam Qadar iaitu satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Sesiapa yang tiada diberikan kebajikan malam itu maka sesungguhnya dia tidak diberikan kebajikan kepadanya.” (Hadis Riwayat at-Tabrani)

 

Justeru itu, seperti kebiasaan pada setiap kemunculan Ramadan, Panitia Pendidikan Islam SK Kerupang akan mengadakan pelbagai aktiviti bagi mengimarahkan bulan yang penuh keberkatan ini. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti Solat Tarawikh, Tadarus Al-Quran, Majlis Khatam Al-Quran, Tazkirah Rarmadan, Program Mahabah dan Program Semarak Kasih Ramadan

Sumbangan Duir Raya daripada PERAMBA

MAIWP WP Labuan dan Aman Palestin  juga turut terlibat mengadakan Program Wakalah dan sumbangan kit makanan di sekolah ini. Sumbangan telah disampaikan oleh Guru Besar pada Jumaat 31 April 2021 yang melibatkan seramai 48 orang murid asnaf bagi Program Wakalah dan 10 orang murid layak menerima sumbangan dari Pertubuhan AMAN Palestine.

“Terima kasih kepada Pusat pungutan Zakat Labuan kerana  telah  mengagihkan wang zakat  kepada murid-murid asnaf di seolah ini.  ” katanya.


Guru Besar menyerahkan sumbangan Kit Makanan dalam Program Wakalah

Guru Besar Hjh Aini Binti Salleh berkata, Program Semarak Kasih Ramadan diadakan bagi membantu golongan miskin, anak-anak yatim dan golongan asnaf dalam meraikan ramadan dan menyambut 1 Syawal yang bakal menjelang tidak lama lagi.

 “ Alhamdulillah, Pada tahun ini pihak sekolah telah menerima sumbangan daripada pelbagai pihak seperti pihak swasta, persendirian dan Badan Bukan Kerajaan (NGO). Syarikat swasta yang terlibat ialah, Syarikat   Hervelift, Persatuan Anak Melayu Brunei Labuan (PERAMBA), Pusat Pungutan Zakat-MAWIP danPertubuhan Aman Palestin.”


Penerima sumbangan dari Aman Palestine

“Mudah-mudahan usaha dan sokongan agensi ini dapat membantu dan meringkan beban ibubapa dan anak-anak murid dalam menyambut Hari Raya yang bakal menjelang minggu hadapan”

Syarikat Hervelift dan PERAMBA Labuan telah memberikan sumbangan yang berbentuk wang tunai dan kit makanan kepada  100 orang penerima yang layak.

Pihak sekolah juga telah mengadakan Program Dwen bagi membantu golongan warga emas yang kurang bernasib baik, Program ini melibatkan 20 orang warga emas di 4 buah kampung sekitar sekolah iaitu Kampung Kerupang, Kampung Nagalang, Kampung Durian Tunjung dan Kampung pantai.

Sumbangan duit raya kepada murid-murid SK Kerupang

Pada jumaat, pihak sekolah telah menyampaikan sumbangan Duit Raya kepada semua murid SK Kerupang. Duit raya ini merupakan sumbangan guru dan kakitangan sekolah dan disampaikan kepada murid semasa beratur balik dari sekolah. Rata-rata murid mengucapkan syukur dan gembira kerana menerima Duit raya ini.

Guru Besar dan PK bergambar bersama murid di akhir sesi persekolahan




 


1 comment:

  1. Syukran semua atas pemgungkayahan demi anak-anak SK Kerupang.

    ReplyDelete