Thursday, April 22, 2021

JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT PERINGKAT KEBANGSAAN

Kempen Jom Baca Bersama  Peringkat Kebangsaan  
bagi tahun 2021

SK Kerupang, 22 April- Hari ini merupakan Kempen Jom Baca Bersama untuk 10 Minit Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2021, kempen ini juga telah dilaksanakan secara serentak di seluruh negara iaitu pada 22 April 2021, masa 11:00 pagi hingga 11:30 pagi di lokasi masing-masing. Tujuan program ini adalah sempena Dekad Membaca Malaysia (2020-2030).

Sempena dengan program ini Pihak SK Kerupang juga tidak melepaskan peluang untuk turut serta dalam menjayakan program ini. Dalam merialisasikan Kempen Jom Baca Bersama untuk 10 Minit Peringkat Kebangsaaan ini pihak pentadbir SK Kerupang telah meminta bantuan dari guru-guru yang berada di dalam kelas untuk memastikan semua murid turut membaca buku. Kempen ini juga turut disertai oleh Pihak Pentadbir dan guru SK Kerupang.










Gambar Murid-Murid SK Kerupang Turut Serta Dalam Kempen Tersebut


Guru Besar SK Kerupang Puan Hjh Aini juga turut mengikuti Jom Baca Bersama untuk 10 Minit Peringkat Kebangsaan

PK Hem SK Kerupang Puan Subety









Gambar Para Guru SK Kerupang yang turut mengikuti Jom Baca Bersama untuk 10 Minit Peringkat Kebangsaan






No comments:

Post a Comment