Thursday, April 22, 2021

SK KERUPANG JOHAN DAN NAIB JOHAN PERTANDINGAN BERCERITA CERITA

Pada 15/04/2021 jam 3:30 petang bersiaran langsung di Facebook Perpustakaan Awam Labuan. Dua orang anak didik SK Kerupang telah dinobatkan sebagai Johan dan Naib Johan ''Pertandingan Bercerita Cerita'' anjuran Perpustakaan Awam Labuan sempena Kempen Galak Guna Perpustakaan Bil. 1/2021


Johan telah di sandang oleh adik Nur Arieana Syahziera Binti Abu Bakar yang berumur 11 tahun dengan tajuk video Oreoku Sayang. Bagi tempat naib johan pula telah dimenangi oleh adik Anis Hamraa Hazimah Binti Taufik berumur yang 12 tahun dengan tajuk video Si Dhabit Yang Bervisi.

Pihak sekolah ingin mengucapkan Tahniah atas usaha titik peluh buat adik Nurariena Syahziera Bte Abu Bakar (Johan) dan adik Anis Hamraa Hazimah Bte Taufik (Naib Johan) dalam pertandingan Bercerita Cerita Pendek Bahasa Melayu Anjuran Perpustakaan Awam Labuan.

Terima Kasih kepada pihak pentadbir Guru Besar Puan Hjh Aini Salleh, PK Kokom Encik Inanis, PK Hem Cikgu Subety dan PK Kanan CIkgu Martina sentiasa memberikan sokongan dan dorongan. Tidak lupa juga kepada Ketua Panitia Bahasa Melayu Cikgu Norhanizah dan guru-guru Bahasa Melayu.

Ucapan ribuan terima kasih diberikan kepada guru pembimbing yang tidak kenal penat lelah dalam membuat segala persiapan dan persediaan sepanjang tempoh penyertaan pertandingan tersebut. Pihak sekolah juga ingin mengucapkan sekalung penghargaan juga buat bekas anak didik SK Kerupang iaitu Tahrina Hashim yang bertungkus lumus membantu guru dalam merakam dan edit video.

Tekan Link dibawah untuk lihat video

Johan Pertandingan Bercerita Cerita Adik Nurariena Syahziera Bt Abu Bakar   

Naib Johan Pertandingan Bercerita Cerita : Adik Anis Hamraa Hazimah Bt Taufik

No comments:

Post a Comment