Wednesday, January 20, 2021

Sesi PDPR bermula hari ini


Murid Tahun 2 sedang belajar menggunakan Komputer riba

SK Kerupang. 20 Januari -  Sesi Pengajaran dan Pembelajaran di rumah (PDPR) telah bermula hariini melibatkan lebih 600 murid dari 20 buah kelas Pra sekolah hingga Tahun 6. Pelbagai kaedah pengajaran telah diaplikasikan oleh guru-guru sekolah ini dalam memastikan penguasaan murid dalam setiap mata pelajaran seperti menggunakan Google Classroom, Buku Teks Digital, dan latihan-latihan kuiz menggunakan aplikasi Google Form dan Quizz. 

Sunday, January 17, 2021

Selamat kembali ke sekolah dengan norma baharu.

Selamat kembali ke sekolah..Sesi persekolahan tahun 2021 akan bermula 20 Januari 2021 melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PDPR). PDPC secara bersemuka yang dijadualkan terpaksa ditangguhkan kerana berikutan keadaan semasa jangkitan COVID-19 yang semakin membimbangkan.