Wednesday, January 20, 2021

Sesi PDPR bermula hari ini


Murid Tahun 2 sedang belajar menggunakan Komputer riba

SK Kerupang. 20 Januari -  Sesi Pengajaran dan Pembelajaran di rumah (PDPR) telah bermula hariini melibatkan lebih 600 murid dari 20 buah kelas Pra sekolah hingga Tahun 6. Pelbagai kaedah pengajaran telah diaplikasikan oleh guru-guru sekolah ini dalam memastikan penguasaan murid dalam setiap mata pelajaran seperti menggunakan Google Classroom, Buku Teks Digital, dan latihan-latihan kuiz menggunakan aplikasi Google Form dan Quizz. 
    Bagaimanapun, bagi 96 orang murid Tahun 1, Program Transisi Tahun 1 telah bermula secara maya.  Program yang akan berjalan sehingga 25 Mac 2021 ini akan akan melalui 3 Fasa utama iaitu Fasa Persediaan (11-19 Januari 2021), Fasa Penyesuaian (20-29 Januari 2021), Fasa Kesediaan (1 Mac hingga 25 Mac). Fasa Penyesuaian bertujuan untuk membolehkan murid menyesuaikan diri dengan situasi dan persekitaran sekolah yang baharu serta membina hubungan baik dengan rakan dan guru. Fasa Kesediaan pula  bertujuan menyediakan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk pembelajaran seterusnya. Pada fasa ini  sesi PDPC akan dilaksakanakan menggunakan Modul Transisi yang telah disediakan oleh pihak sekolah.
Aktiviti Program Transisi Tahun 1




No comments:

Post a Comment