Monday, March 1, 2021

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Gambar Barisan Pentadbir Dan Ketua Panitia SK Kerupang

SK Kerupang, 1 MAC- Hari ini merupakan hari pertama pembukaan sesi persekolah bagi negeri-negeri Kumpulan B termasuk Wilayah Persekutuan Labuan. Maka dengan ini Barisan Pihak Pentadbir, Ketua Panitia, Guru-guru dan seluruh warga SK Kerupang ingin mengucapkan SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH bagi murid-murid Pra Sekolah, Tahun 1 dan Tahun 2 SK Kerupang seramai 230 orang murid yang terdiri daripada dua kelas Pra Sekolah, tiga kelas tahun 1 dan tiga kelas tahun 2.

Sunday, February 28, 2021

Persediaan Kembali Ke Sekolah 2.0 (SK Kerupang)

SK Kerupang, 27 Februari - Setelah seluruh rakyat Malaysia digemparkan dengan kenyataan media dari pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 19 Februari 2021 iaitu pengumuman tarikh pembukaan sekolah untuk sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka akan dilaksanakan secara berperingkat mulai 1 Mac 2021.
Jadual Tarikh Pembukaan Sekolah KPM