![]() |
Gambar Barisan Pentadbir Dan Ketua Panitia SK Kerupang |
SK Kerupang, 1 MAC- Hari ini merupakan hari pertama pembukaan sesi persekolah bagi negeri-negeri Kumpulan B termasuk Wilayah Persekutuan Labuan. Maka dengan ini Barisan Pihak Pentadbir, Ketua Panitia, Guru-guru dan seluruh warga SK Kerupang ingin mengucapkan SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH bagi murid-murid Pra Sekolah, Tahun 1 dan Tahun 2 SK Kerupang seramai 230 orang murid yang terdiri daripada dua kelas Pra Sekolah, tiga kelas tahun 1 dan tiga kelas tahun 2.
![]() |
Pembukaan Sekolah juga dipantau oleh Guru Besar, YDP PIBG, Pegawai Perhubungan Polis Sekolah, Pegawai JPN dan Pegawai Angkat |
Walaupon sesi persekolah telah pon
bermula namun pelaksanaan SOP tetap diberi keutamaan dan dilaksanakan dengan
sepenuhnya bagi mencengah penularan wabak Covid-19 dalam kalangan murid-murid
SK Kerupangan. Antara SOP yang dilaksanakan oleh pihak sekolah adalah seperti
berikut :-
![]() |
Penjagaan Jarak Satu Meter, Mengimbas Suhu dan QR Kad Murid Pra Sekolah |
![]() |
Guru-guru bertugas memastikan murid tahun 1 dan 2 menjaga penjarakan sosial dan mengimbas suhu. |
![]() |
Guru-guru bertugas mengimbas QR kad murid menggunakan Aplikasi Datang Reader untuk memastikan bahawa murid yang hadir adalah anak murid SK Kerupang yang sah. |
![]() |
Semasa sesi PdP meja murid-murid diasingkan mengikut jarak 1 meter dan mereka diwajibkan memakai pelitup separuh muka sepanjang sesi PdP. |
![]() |
Semasa waktu rehat murid hanya dibenarkan makan di dalam kelas dengan membawa bekalan makanan secara sendiri atau memesan makanan dari pihak kantin dengan bantuan guru. |
No comments:
Post a Comment