Sunday, February 28, 2021

Persediaan Kembali Ke Sekolah 2.0 (SK Kerupang)

SK Kerupang, 27 Februari - Setelah seluruh rakyat Malaysia digemparkan dengan kenyataan media dari pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 19 Februari 2021 iaitu pengumuman tarikh pembukaan sekolah untuk sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka akan dilaksanakan secara berperingkat mulai 1 Mac 2021.
Jadual Tarikh Pembukaan Sekolah KPM
             

Sehubungan dengan itu, seluruh warga pendidik SK Kerupang tidak membuang masa bagi membuat segala persiapan dan kelengkapan alatan yang diperlukan bagi sesi Pembukaan Sekolah yang bakal tiba pada 1 Mac 2021. Antara persediaan dan kelengkapan alatan yang telah disediakan oleh pihak SK Kerupang bagi pembukaan sekolah adalah :-

Penyediaan bena peringatan SOP, stesen checkpoint berserta sanitizer dan kanopi tempat menunggu kehadiran ibu bapa.
Penyediaan Kawasan Hadapan Sekolah Yang Dipantau Oleh Guru Besar SK Kerupang
     

Gambar Kawasan Hadapan Sekolah
                  

Selain itu, guru-guru lelaki juga menyediakan stesen menunggu yang bertujuan untuk mengelakkan kesesakan murid untuk memasuki kelas dan menunggu ibu bapa di tapak perhimpunan sekolah.
 Proses Sebelum Penyediaan Stesen Menunggu
     

Proses Semasa Yang Dipantau Oleh PK KO Cikgu Inanis


Proses Selepas Siap Stesen Menunggu
               

Selain itu, bagi memastikan kelancaran sesi pembukaan sekolah 2.0 pihak sekolah juga menyediakan Proses agihan QR Kad kepada ibu bapa murid-murid. Bagi pengagihan QR Kad tersebut pihak sekolah menyediakan sistem pandu lalu, dimana ibu bapa hanya membawa kenderaan di laluan menunggu bas untuk mengambil QR Kad anak mereka.
         Gambaran Semasa Pemberian QR Kad
       
     Guru-Guru Bertugas Semasa Pemberian QR Kad
        

Akhir sekali, kami warga SK Kerupang ingin mengucapkan kepada semua anak murid SK Kerupang Selamat Kembali ke sekolah.

No comments:

Post a Comment