Monday, February 22, 2021

PdPR PJPK Tahun 1 SK Kerupang 2021

SK Kerupang, 22 Februari - Sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK) Tahun 1 telah berjaya dilaksanakan oleh warga pendidik PJPK SK Kerupang di tapak perhimpunan berbumbung sekolah. Sesi PdPR tersebut telah berjaya dilaksanakan oleh 5 orang guru-guru  PJPK SK Kerupang yang diketuai oleh Ketua Panitia PJPK cikgu Syirlly secara dalam talian menggunakan aplikasi Google Meet. Kolaboratif antara guru Pendidikan Jasmani sekolah ini dalam melaksanakan kaedah pengajaran secara Team Teaching dapat memberi penerangan yang jelas kepada murid dan keyakinan kepada guru-guru baru dalam melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran secara maya.

Guru-guru PJ sedang melakukan gerak senam menggunakan muzik

Highly Immersive Programme (HIP) SK Kerupang 2021

Poster Program HIP SKK 2021

Program Imersif Tinggi atau Highly Immersive Programme (HIP) adalah satu program untuk meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris murid melalui peningkatan penggunaan dan penguasaan bahasa tersebut di dalam komuniti sekolah. 

Bagi tujuan ini, Panitia Bahasa Inggeris Sekolah Kebangsaan Kerupang telah merancang program HIP sepanjang tahun 2021 yang melibatkan semua mata pelajaran bagi menanamkan sikap positif kepada murid terhadap pembelajaran dan penggunaan Bahasa Inggeris

Maklumat lanjut  Program HIP