SK Kerupang, 22 Februari - Sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK) Tahun 1 telah berjaya dilaksanakan oleh warga pendidik PJPK SK Kerupang di tapak perhimpunan berbumbung sekolah. Sesi PdPR tersebut telah berjaya dilaksanakan oleh 5 orang guru-guru PJPK SK Kerupang yang diketuai oleh Ketua Panitia PJPK cikgu Syirlly secara dalam talian menggunakan aplikasi Google Meet. Kolaboratif antara guru Pendidikan Jasmani sekolah ini dalam melaksanakan kaedah pengajaran secara Team Teaching dapat memberi penerangan yang jelas kepada murid dan keyakinan kepada guru-guru baru dalam melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran secara maya.
Guru-guru PJ sedang melakukan gerak senam menggunakan muzik |
Walaupun dengan situasi Covid-19 yang menghalang para guru dan murid-murid untuk melakukan aktiviti PJPK secara bersemuka, namun itu bukanlah alasan bagi warga pendidik PJPK SK Kerupang untuk melakukan aktiviti bersama murid-murid secara maya. Turut serta membuat pemantauan ialah Cikgu Hjh Aini Binti Hj Salleh, Guru Beasr SK Kerupang dan semua Penolong Kanan sekolah. Kelas pada pukul 10.30 pagi.
Guru Besar SKK turut serta memantau perlaksanaan PDPR guru. |
Tahniah KP dan guru2 PJPK SK Kerupang atas pengungkayahan pelaksananaan PdPR demi anak2 murid kitani.
ReplyDelete