Monday, June 8, 2020

Selamat Kembali, Norma Baharu belajar dari rumah bermula selasa 9 Jun 2020.


Selamat Kembali bersekolah kepada semua murid-murid SK Kerupang.

Dalam Tempoh Perintah kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini, semua aktiviti pembelajaran dan pengajaran masih lagi dilaksanakan secara atas talian (online). Norma Baharu Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) dari rumah akan bermula pada hari Selasa, 9 Jun 2020 mengikut jadual sedia ada.(Jadual PDPC PKPP)

Oleh yang demikian, bagi memastikan proses pdp ini berjalan dengan baik. Beberapa perkara perlu diambil kira oleh ibubapa dan anak-anak.

1. Pilih Tempat yang sesuai
    
Tempat belajar anak-anak perlulah lebih kondusif. Pemilihan tempat yang selesa dapat memberikan fokus kepada anak-anak dalam belajar dan membuat setiap latihan yang diberikan oleh guru. Peralatan ICT seperti komputer dan laptop perlu diletakkan berjauhan dari TV dan peralatan lain yang boleh menganggu tumpuan anak-anak semasa belajar. Bagi rumah yang tidak mempunyai penghawa dingin, pastikan kipas dan tingkap sentiasa terbuka bagi memastikan oksigen dan cahaya yang cukup untuk mengelakkan anak-anak daripada mengantuk.

2. Mengatur masa

Masa sangat memainkan peranan yang penting dalam PdP yang berkesan. Waktu pagi antara 7 pagi hingga 10 pagi adalah waktu yang paling sesuai anak-anak belajar kerana pada waktu ini mereka biasanya mereka sudah bersedia selepas bangun tidur, mandi dan sarapan yang seimbang. Waktu petang biasa mereka lebih cenderung untuk tidur dan bermain.Oleh itu pembelajaran berbentuk hands on, inquri dan projek mudah sangat sesuai untuk mereka.Bagi ibubapa yang cuti dan tidak bekerja, bolehlah bawa anak-anak berkebun, memasak , bermain dan mereka cipta sesuatu yang baharu.
3. Makanan yang seimbang

Makanan yang seimbang amat penting bagi memastikan pertumbuhan otak dan tubuh badan anak-anak. Sebelum memulakan sesi pembelajaran dirumah, sarapan yang seimbang dan mencukupi amat penting untuk anak-anak kekal aktif sepanjang hari. Makan makanan yang kurang berkhasiat seperti keropok, manisan dan makanan segera akan mendedahkan anak-anak pada risiko kegemukan.

4. Waktu rehat yang mencukupi.

Belajar di rumah dan di sekolah amat berbeza. Waktu rehat di sekolah biasanya antara 9.30 pagi hingga 10.30 pagi. Biasanya belajar di rumah akan membosankan anak-anak kerana mereka tiada kawan-kawan untuk bermain. Waktu rehat di rumah digalakkan setiap selepas 1 jam sesi pembelajaran. Rehat dalam 10-15 minit sudah mencukupi untuk memberi kesegaran dan fokus semula pada anak-anak. Isikan masa rehat anak-anak untuk membuat sedikit regangan dan bermain untuk mengelakan mereka cepat bosan semasa belajar.

Akhir sekali kami mendoakan semoga kita dapat hadapi situasi ini dengan sabar dan tenang. Bukan sahaja ianya Norma Baharu buat murid-murid dan guru-guru tetapi juga kepada para ibubapa. 

Sama-sama kita membendung penularan wabak Covid -19 "Elakkan 3S dan 3C, iaitu jauhi kawasan yang sesak (crowded place), elakkan kawasan yang sempit (confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (close conversation). Sentiasa mengamalkan kebersihan dengan kerap mencuci tangan, menggunakan pelitup muka ketika berada diluar rumah dan jaga jarak sosial 1 Meter dengan orang lain.

No comments:

Post a Comment