Wednesday, July 15, 2020

Hari pertama persekolahan penuh debaran

Pembukaan semula sekolah dalam tempoh PKPP bagi murid-murid Tahun 5 dan 6  berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang. Seramai 169 orang murid telah hadir pada hari ini..
Murid-murid berdiri mengikut penjarakan 1 Meter
Bagaimanapun,  hari ini merupakan hari yang penuh debaran bagi para pentadbir dan guru-guru kerana ingin memastikan keselamatan murid dan Garis Panduan Pembukaan Semula Sekolah dapat dijalankan dengan sempurna.

Guru bertugas yang diketuai oleh cikgu Norsiah

Murid-murid mula hadir seawal pukul 6.00 pagi ke sekolah. Kebanyakan daripada mereka memakai pelitup muka dan mematuhi setiap arahan yang disampaikan oleh guru. Murud-murid juga diberikan Kad Imbasan untuk merekodkan suhu sebelum memasuki sekolah.
Pemeriksaan suhu murid oleh PK 1
Turut hadir membuat pemantauan pada hari pertama persekolahan ini ialah Ins Fam Fun Moi dan Sarjan Yam selaku Pegawai Perhubungan Polis SK Kerupang serta Pegawai Angkat Sekolah Puan Hjh Sitti Rahimah Binti Yusuppu dari Jabatan Pendidikan Labuan.

Guru Besar bersama Pn Sitti Rahimah, Pegawai Angkat Sekolah.
Pn Subety bersama Pegawai Perhubungan Polis Sekolah

No comments:

Post a Comment