Wednesday, July 8, 2020

Kami sudah sedia

Pemantauan Persediaan Pembukaan semula sekolah 2020 telah dijalankan di SK Kerupang pada 6 Ogos 2020. Pemantauan ini dilaksanaknan oleh pasukan pemantau dari Jabatan Pendidikan W.P Labuan yang yang di ketuai oleh Pn Maimoon Binti Matnoh, Timb Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah, En Sabdin Japarudin, Penolong Pengarah Sektor Psikologi dan Kaunseling dan En Azryn Mama, Penolong Pengarah Sektor Sumber Manusia.

Jawatankuasa ICT sekolah memberi penerengan kepada Pn Maimoon kaedah pergerakan murid masuk ke sekolah menggunakan QR Code

Antara perkara yang dipantau ialah Garis Panduan Pembukaan Semula Sekolah dan Prosedur Operasi Standard (SOP) pergerakan masuk murid ke sekolah, persediaan Bilik Isolasi, penjarakkan sosial murid di dalam bilik darjah, makmal, surau dan bilik guru.


Guru Besar memberi taklimat SOP di bilk guru.

Hasil dapatan dan perbincangan  pentadbir sekolah pada sesi penutupan, Pn Maimoon telah menzahirkan ucapan terima kasih dan memuji usaha semua guru SK Kerupang dalam membuat persediaan sempena pembukaan semula sekolah pada 15 Ogos 2020 ini. Semua garis panduan dan SOP yang telah ditetapkan oleh KPM, KKM dan MKN telah dipatuhi sepenuhnya oleh pihak sekolah. 

Simulasi kedudukan murid di dalam Kelas

Guru Besar melalui Telegram Sekolah juga telah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua guru kerana usaha yang gigih dalam membuat persediaan pembukaan semula sekolah tahun ini.. Syabas dan tahniah kepada Semua Guru...BEKARIH, BEJARIH, BELURIH..


Pn Maimoon mendengar taklimat daripada Guru Kelas  1 Aspirasi

Inovasi sinki pencuci tangan untuk kegunaan murid


Guru Besar dan guru-guru menyambut ketibaan rombongan pegawai JPN 

No comments:

Post a Comment