Wednesday, December 9, 2020

Majlis Khatam AL Quran murid Tahun 6 SK Kerupang

Majlis Khatam AlQuran murid-murid Tahun 6 akan diadakan pada hari Sabtu ini..Oleh itu, pihak sekolah menjemput semua murid -murid agar turut serta dalam majlis ini secara maya menggunakan Google Meet.

Thursday, November 19, 2020

Karvival Maya SK Kerupang 2020

Hadiah menarik menanti anda..Jom mengambil bahagian dalam Karnival Maya Kokurikulum pada tahun ini. Pelbagai acara menarik di pertandingkan..Hubungi guru kelas masing-masing untuk menyertai...

Wednesday, July 15, 2020

Hari pertama persekolahan penuh debaran

Pembukaan semula sekolah dalam tempoh PKPP bagi murid-murid Tahun 5 dan 6  berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang. Seramai 169 orang murid telah hadir pada hari ini..
Murid-murid berdiri mengikut penjarakan 1 Meter
Bagaimanapun,  hari ini merupakan hari yang penuh debaran bagi para pentadbir dan guru-guru kerana ingin memastikan keselamatan murid dan Garis Panduan Pembukaan Semula Sekolah dapat dijalankan dengan sempurna.

Guru bertugas yang diketuai oleh cikgu Norsiah

Wednesday, July 8, 2020

Kami sudah sedia

Pemantauan Persediaan Pembukaan semula sekolah 2020 telah dijalankan di SK Kerupang pada 6 Ogos 2020. Pemantauan ini dilaksanaknan oleh pasukan pemantau dari Jabatan Pendidikan W.P Labuan yang yang di ketuai oleh Pn Maimoon Binti Matnoh, Timb Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah, En Sabdin Japarudin, Penolong Pengarah Sektor Psikologi dan Kaunseling dan En Azryn Mama, Penolong Pengarah Sektor Sumber Manusia.

Jawatankuasa ICT sekolah memberi penerengan kepada Pn Maimoon kaedah pergerakan murid masuk ke sekolah menggunakan QR Code

Wednesday, July 1, 2020

Murid-murid cilik SK Kerupang mula bersekolah hari ini

Keriangan terpancar dalam kalangan anak-anak murid Pra Sekolah SK Kerupang kerana telah memulakan sesi persekolahan pada hari ini setelah lebih 3 bulan bercuti akibat penularan pendemik Covid19. 

Seramai 13 orang murid-murid dari PraSekolah Rafflesia dan PraSekolah Ixora mula tiba ke sekolah  seawal 7.00 pagi dengan ditemani oleh ibubapa masing-masing. Bagaimanapun suasana pagi ini agak berbeza dari sebelumnya kerana mereka dikehendaki mengamalkan norma baharu dan serta mematuhi SOP seperti yang telah disarankan oleh Kementerian Kesihatan malaysia (KKM) sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam kawasan sekolah.

Turut hadir sama membuat pemantauan sesi pembukaan Prasekolah hari ini ialah Pn Sitti Rahimah Hj Yusuppu selaku Pegawai Angkat sekolah dari Jabatan Pendidikan WP Labuan. 

Murid dan Ibubapa diperiksa suhu sebelum memasuki kawasan sekolah

Monday, June 8, 2020

Selamat Kembali, Norma Baharu belajar dari rumah bermula selasa 9 Jun 2020.


Selamat Kembali bersekolah kepada semua murid-murid SK Kerupang.

Dalam Tempoh Perintah kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini, semua aktiviti pembelajaran dan pengajaran masih lagi dilaksanakan secara atas talian (online). Norma Baharu Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) dari rumah akan bermula pada hari Selasa, 9 Jun 2020 mengikut jadual sedia ada.(Jadual PDPC PKPP)

Oleh yang demikian, bagi memastikan proses pdp ini berjalan dengan baik. Beberapa perkara perlu diambil kira oleh ibubapa dan anak-anak.

1. Pilih Tempat yang sesuai
    
Tempat belajar anak-anak perlulah lebih kondusif. Pemilihan tempat yang selesa dapat memberikan fokus kepada anak-anak dalam belajar dan membuat setiap latihan yang diberikan oleh guru. Peralatan ICT seperti komputer dan laptop perlu diletakkan berjauhan dari TV dan peralatan lain yang boleh menganggu tumpuan anak-anak semasa belajar. Bagi rumah yang tidak mempunyai penghawa dingin, pastikan kipas dan tingkap sentiasa terbuka bagi memastikan oksigen dan cahaya yang cukup untuk mengelakkan anak-anak daripada mengantuk.

2. Mengatur masa

Masa sangat memainkan peranan yang penting dalam PdP yang berkesan. Waktu pagi antara 7 pagi hingga 10 pagi adalah waktu yang paling sesuai anak-anak belajar kerana pada waktu ini mereka biasanya mereka sudah bersedia selepas bangun tidur, mandi dan sarapan yang seimbang. Waktu petang biasa mereka lebih cenderung untuk tidur dan bermain.Oleh itu pembelajaran berbentuk hands on, inquri dan projek mudah sangat sesuai untuk mereka.Bagi ibubapa yang cuti dan tidak bekerja, bolehlah bawa anak-anak berkebun, memasak , bermain dan mereka cipta sesuatu yang baharu.

Friday, May 22, 2020

Kreativiti murid SK Kerupang menghasilkan kad ucapan sempena Hari Guru 2020


16 Mei telah dipilih sebagai tarikh sambutan hari guru seluruh Malaysia. Pada hari ini guru-guru akan diraikan bagi menghargai sumbangan para guru mendidik anak bangsa. 

Tema Hari Guru Tahun ini  amat bertepatan dengan senario pendidikan dunia masa kini. Perubahan teknologi yang amat pantas menuntut kepada satu perubahan kepada sistem pedagogi guru daripada kaedah konvensional kepada kaedah baharu. 

Perubahan ini juga telah menyerlahkan kretiviti murid-murid SK Kerupang  dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan oleh guru-guru mereka. Pelbagai bentuk kad ucapan dan video ucapan hari guru telah  dibuat oleh murid-murid untuk menghargaai insan terpenting dalam kehidupan mereka selepas ibubapa.   

Friday, May 15, 2020

Norma baharu PDPC murid semakin mencabar (12-15 Mei 2020)

Murid-murid Pra Ixora SK Kerupang melakonkan
watak guru dan murid semasa menjalankan PDPC di rumah

SK Kerupang
: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPD) telah mula dilaksanakan pada 13 Mei 2020. Sektor pendidikan seperti Universiti, Kolej dan Sekolah masih lagi tidak dibenarkan beroperasi oleh kerajaan bagi membendung penyebaran wabak Covid-19. 

Namun situasi ini tidak menghalang para guru SK Kerupang untuk menjadi lebih kreatif serta mengunakan teknologi yang ada demi memastikan proses pembelajaran dan pengajaran murid tidak terabai sepanjang tempoh kritikal ini.

#skkerupang
#stayathome
#dudukrumah
#kitapastimenang


Tuesday, May 12, 2020

Video pilihan pembelajaran murid di rumah

Walaupun dalam keadaaan PDPB. Pembelajaran murid masih dapat diteruskan dengan usaha dan kesungguhan daripada guru dan ibubapa untuk memastikan anak-anak tidak tertinggal dalam pembelajaran.

Pembelajaran Bahasa Cina murid 1B oleh Cikgu Ting


Pendidikan Kesihatan 2A dan 2B oleh Cikgu Norailing Voo


Pembelajaran Murid di rumah PKPD 4-8 Mei 2020-Bhg 2




        GAMBAR-GAMBAR LAIN

Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu

BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU. Tema sembutan Hari Guru 2020 menyentuh peranan guru dalam memperkasa keilmuan dan profesionalisme bagi membina generasi baharu negara yang dapat memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


Monday, May 11, 2020

Program Ihya' Ramadhan SK Kerupang 1441H/ 2020

SK Kerupang - Sempena Bulan Ramadhan tahun ini, Panitia Pendidikan Islam SK Kerupang telah mengadakan pelbagai program bagi mengimarahkan bulan yang mulia ini. Antara program yang dijalankan ialah Tilawah Al-Quran, Diari Ramadhan, Ramadhan Corner dan Tabung Ramadhan SKK. 

Friday, May 8, 2020

Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum Sepanjang tempoh PKP

Walaupun  sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dilaksanakan, namun aktiviti kokurikulum murid-murid SK Kerupang tetap berjalan seperti biasa.  Pelaksanaan aktiviti ini merupakan satu inisiatif sekolah dalam menyahut seruan kerajaan agar murid-murid tidak ketinggalan dan dapat mengikuti pembelajaran berterusan dirumah dalam keadaan yang selesa dan selamat.

Pelaksanaan aktiviti kokurikulum ini dibuat bagi murid-murid tahap 2 selama 30 hingga 60 minit setiap rabu sepanjang tempoh PKP dilaksanakan. Sambutan dalam kalangan murid SK Kerupang  sangat mengalakkan. Pelbagai aktiviti yang dilaksanakan di rumah seperti berkebun, membersihkan rumah, memasak, melukis, menyanyi, membuat ikatan, gubahan bunga dan sebagainya.



Ian 6B

Thursday, May 7, 2020

Tahniah Tuan Pengarah.. Jasamu dikenang

Seluruh warga SK Kerupang mengucapkan Tahniah kepada Tn Raisin Bin Saidin, Pengarah Jabatan Pendidikan W.P Labuan di atas pelantikan beliau sebagai Timbalan Pengarah Kanan, Sektor Perancangan dan Pengoperasian, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia. Terima kasih di atas segala jasa dan sumbangan dalam membantu menaikkan taraf pendidikan anak-anak W.P Labuan.




Wednesday, May 6, 2020

Pembelajaran Murid di rumah PKPD 4-8 Mei 2020-Bhg1

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPD) telah mula dilaksanakan mulai 4 Mei ini. Sebahagian sektor ekonomi dan sosial telah dibuka semula bagi memudahkan masyarakat menjalankan pelbagai urusan. Bagaimanapun, sektor pendidikan seperti Universiti , kolej dan sekolah masih lagi ditutup operasinya..

Oleh itu, PDPC murid sepanjang minggu ini masih lagi dijalankan dirumah masing-masing. Pelbagai kaedah baharu telah digunakan oleh guru-guru dalam memastikan pembelajaran murid tidak tertinggal. Antaranya ialah kaedah Inkuiri dan  Projek Based Learning.





Saturday, May 2, 2020

Pembelajaran Murid di rumah 27 April- 1 Mei 2020

Pembelajaran Murid sepanjang Tempoh PKP fasa ke-4 berjalan dengan baik. Pelbagai kaedah PDPC digunakan oleh guru-guru untuk membantu murid belajara di rumah seperti menggunakan Buku Teks, Buku Aktiviti , projek mudah dan kaedah online menggunakan Google classroam dan kuiz menggunakan Goggle form..