Sunday, August 29, 2021

MAJLIS BACAAN YASIN SERTA PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN DAN KIBAR JALUR GEMILANG PERINGKAT SK KERUPANG 2021

Majlis Bacaan yasin dan Pelancaran Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat sekolah telah dijalankan pada 27 Ogos 2021. Majlis bacaan yasin dimulakan pada pukul 7.00 malam seterusnya Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat sekolah.


Majlis didahului dengan Bacaan Yasin yang dipimpin oleh Uztaz Mohd Nor Azlan. Seramai lebih kurang 150 orang murid, ibubapa dan dan guru menyertai majlis tersebut. 

Majlis Pelancaran Sambutan Hari kebangsaan peringkat sekolah dimulakan dengan Lagu Negaraku, lagu Wilayah dan pelancaran Montaj perasmian yang disediakan oleh Unit ICT SK Kerupang. Dalam ucapan perasmiannya. En Yusof menegaskan bahawa murid-murid perlu menghayati erti sebenar kemerdekaan dengan menguasai kemahiran baharu terutama kaedah pembelajaran secara maya. 

Majlis berakhir kira-kira pukul 8.30 malam

Video Montaj Pelancaran

Thursday, August 12, 2021

SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN DAN KIBARKAN JALUR GEMILANG PERINGKAT SEKOLAH 2021


Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibarkan Jalur Gemilang SK Kerupang telah bermula pada 9 Ogos hingga 17 September 2021. Pelbagai acara akan diadakan seperti Kempen Kibarkan Jalur genilang, Pertandinngan mewarna, Pertandigan Deklimasi Sajak Kemerdekaan dan lain-lain.

    Pertandingan ini terbuka kepada semua murid SK Kerupang dari Pra sekolah sehingga Tahun 6. Upacara perasmian penutupan dijangka akan diadakan pada 17 September 2021 sempena sambutan Hari Malaysia Tahun 2021 peringkat kebangsaan.


Sunday, June 13, 2021

PDPR BERMULA 14 JUN HINGGA 16 JULAI 2021

Pengajaran dan Pembelajaran di rumah (PDPR) bagi Penggal ke-2 Tahun 2021 akan bermula pada 14 Jun 2021. 


Jadual PDPR boleh rujuk di sini 

Thursday, June 3, 2021

KEMPEN #KAMISUPPORTFRONTLINER SEPANJANG TEMPOH PKPD DI WP LABUAN

Kempen ini merupakan satu warga usaha sekolah bagi memberi sokongan kepada anggota barisan hadapan dalam memutuskan rantaian pendamik Covid 19 dengan mengajak orang ramai mematuhi SOP dan #dudukrumah.

Kempen ini terbuka kepada semua murid di seluruh Malaysia terutama murid SK Kerupang dr Pra sekolah hingga Tahun 6

KEMPEN BERMULA HARI INI HINGGA 24 JUN 2021

Hantarkan Video kreatif anda di dalam facebook masing-masing dengan hastag #KAMISUPPORTFRONTLINER dan tag FB SK Kerupang sebagai tanda sokongan kita dalam membantu frontliner kita.

Marilah kita sama-sama memberi sokongan kepada kempen ini dlm membantu memutuskan rangkaian wabak Covid 19 di Wilayah Persekutuan Labuan

#KAMISUPPORTFRONTLINER

#KITAJAGALABUAN


Tuesday, May 18, 2021

PROGRAM SEMARAK KASIH RAMADAN MERAIKAN ANAK-ANAK YATIM DAN GOLONGAN ASNAF SAMBUT 1 SYAWAL


Kegembiraan terpancar selepas menerima sumbangan dairpada Guru Besar

SK Kerupang – RAMADAN  datang lagi. Bulan mulia yang penuh keberkatan ini tidak wajar dibiar berlalu begitu sahaja tanpa sebarang pengisian ke arah mencari keredhaan Allah S.W.T. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

 

“Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadan (dengan kelebihan yang lain): Bulan penuh keberkatan, Allah memfardhukan puasa atas kamu, dibuka pintu-pintu Syurga, dikunci pintu-pintu Neraka, dibelenggu Syaitan (supaya tidak mengganggu umat Muhammad S.A.W daripada melakukan pelbagai ibadat), di dalam ada Malam Qadar iaitu satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Sesiapa yang tiada diberikan kebajikan malam itu maka sesungguhnya dia tidak diberikan kebajikan kepadanya.” (Hadis Riwayat at-Tabrani)

 

Justeru itu, seperti kebiasaan pada setiap kemunculan Ramadan, Panitia Pendidikan Islam SK Kerupang akan mengadakan pelbagai aktiviti bagi mengimarahkan bulan yang penuh keberkatan ini. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti Solat Tarawikh, Tadarus Al-Quran, Majlis Khatam Al-Quran, Tazkirah Rarmadan, Program Mahabah dan Program Semarak Kasih Ramadan

Thursday, April 22, 2021

JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT PERINGKAT KEBANGSAAN

Kempen Jom Baca Bersama  Peringkat Kebangsaan  
bagi tahun 2021

SK Kerupang, 22 April- Hari ini merupakan Kempen Jom Baca Bersama untuk 10 Minit Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2021, kempen ini juga telah dilaksanakan secara serentak di seluruh negara iaitu pada 22 April 2021, masa 11:00 pagi hingga 11:30 pagi di lokasi masing-masing. Tujuan program ini adalah sempena Dekad Membaca Malaysia (2020-2030).

SK KERUPANG JOHAN DAN NAIB JOHAN PERTANDINGAN BERCERITA CERITA

Pada 15/04/2021 jam 3:30 petang bersiaran langsung di Facebook Perpustakaan Awam Labuan. Dua orang anak didik SK Kerupang telah dinobatkan sebagai Johan dan Naib Johan ''Pertandingan Bercerita Cerita'' anjuran Perpustakaan Awam Labuan sempena Kempen Galak Guna Perpustakaan Bil. 1/2021


Johan telah di sandang oleh adik Nur Arieana Syahziera Binti Abu Bakar yang berumur 11 tahun dengan tajuk video Oreoku Sayang. Bagi tempat naib johan pula telah dimenangi oleh adik Anis Hamraa Hazimah Binti Taufik berumur yang 12 tahun dengan tajuk video Si Dhabit Yang Bervisi.

Wednesday, March 24, 2021

PENYERAHAN SUMBANGAN IKHLAS WARGA SK KERUPANG

 

Guru besar Sk Kerupang Puan Hjh Aini, PK Hem Puan Subety dan Guru Kelas 4 Aspirasi Ustazah Norhafizah menyerahkan sumbangan ikhlas warga SK Kerupang kepada Keluarga Maulana Ibrahim, Murid 4 Aspirasi

SK Kerupang, 23 MAC- Penyerahan Sumbangan Ikhlas Kepada Keluarga Maulana Ibrahim Murid 4A.

Pada Hari Selasa 23/3/2021 jam 10:31 pagi Di Kg Gersik. Disempurnakan oleh  Hjh Aini Binti Hj Salleh Guru Besar SK Kerupang.

Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ibu bapa, guru dan murid di atas kutipan sumbangan ikhlas Kepada Adik Maulana Ibrahim. Semoga DiKurniakan Rezeki yang Luas Dan DiRahmati Allah SWT....Tahniah Semua Warga SKK Warga Perihatin.☺️😍

Monday, March 1, 2021

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Gambar Barisan Pentadbir Dan Ketua Panitia SK Kerupang

SK Kerupang, 1 MAC- Hari ini merupakan hari pertama pembukaan sesi persekolah bagi negeri-negeri Kumpulan B termasuk Wilayah Persekutuan Labuan. Maka dengan ini Barisan Pihak Pentadbir, Ketua Panitia, Guru-guru dan seluruh warga SK Kerupang ingin mengucapkan SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH bagi murid-murid Pra Sekolah, Tahun 1 dan Tahun 2 SK Kerupang seramai 230 orang murid yang terdiri daripada dua kelas Pra Sekolah, tiga kelas tahun 1 dan tiga kelas tahun 2.

Sunday, February 28, 2021

Persediaan Kembali Ke Sekolah 2.0 (SK Kerupang)

SK Kerupang, 27 Februari - Setelah seluruh rakyat Malaysia digemparkan dengan kenyataan media dari pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 19 Februari 2021 iaitu pengumuman tarikh pembukaan sekolah untuk sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka akan dilaksanakan secara berperingkat mulai 1 Mac 2021.
Jadual Tarikh Pembukaan Sekolah KPM
             

Monday, February 22, 2021

PdPR PJPK Tahun 1 SK Kerupang 2021

SK Kerupang, 22 Februari - Sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK) Tahun 1 telah berjaya dilaksanakan oleh warga pendidik PJPK SK Kerupang di tapak perhimpunan berbumbung sekolah. Sesi PdPR tersebut telah berjaya dilaksanakan oleh 5 orang guru-guru  PJPK SK Kerupang yang diketuai oleh Ketua Panitia PJPK cikgu Syirlly secara dalam talian menggunakan aplikasi Google Meet. Kolaboratif antara guru Pendidikan Jasmani sekolah ini dalam melaksanakan kaedah pengajaran secara Team Teaching dapat memberi penerangan yang jelas kepada murid dan keyakinan kepada guru-guru baru dalam melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran secara maya.

Guru-guru PJ sedang melakukan gerak senam menggunakan muzik

Highly Immersive Programme (HIP) SK Kerupang 2021

Poster Program HIP SKK 2021

Program Imersif Tinggi atau Highly Immersive Programme (HIP) adalah satu program untuk meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris murid melalui peningkatan penggunaan dan penguasaan bahasa tersebut di dalam komuniti sekolah. 

Bagi tujuan ini, Panitia Bahasa Inggeris Sekolah Kebangsaan Kerupang telah merancang program HIP sepanjang tahun 2021 yang melibatkan semua mata pelajaran bagi menanamkan sikap positif kepada murid terhadap pembelajaran dan penggunaan Bahasa Inggeris

Maklumat lanjut  Program HIP 


Wednesday, February 17, 2021

Thursday, January 28, 2021

Agihan Buku Teks Tahun 2021

Proses pengagihan buku teks,Modul PdPR & Borang Baitulmal  secara pandu lalu akan dilaksanakan pada ketetapan berikut :

Tarikh

Masa

Tahun

Tempat

28/01/21(Khamis)

8.00 – 11.00 (Pagi)

2

 

Perhentian Bas Sekolah

1.00 – 3.00 (Petang)

3

29/01/21 (Jumaat)

8.00 – 11.00 (Pagi)

4

1.00 – 3.00 (Petang)

5

02/02/21 (Selasa)

8.00 – 11.00 (Pagi)

1

1.00 – 3.00 (Petang)

3.30 – 5.00 (Petang)

6

Prasekolah

Oleh hal demikian, mohon ibubapa/ penjaga datang mengikut masa yang telah ditetapkan dengan mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Muat turun surat

Wednesday, January 20, 2021

Sesi PDPR bermula hari ini


Murid Tahun 2 sedang belajar menggunakan Komputer riba

SK Kerupang. 20 Januari -  Sesi Pengajaran dan Pembelajaran di rumah (PDPR) telah bermula hariini melibatkan lebih 600 murid dari 20 buah kelas Pra sekolah hingga Tahun 6. Pelbagai kaedah pengajaran telah diaplikasikan oleh guru-guru sekolah ini dalam memastikan penguasaan murid dalam setiap mata pelajaran seperti menggunakan Google Classroom, Buku Teks Digital, dan latihan-latihan kuiz menggunakan aplikasi Google Form dan Quizz. 

Sunday, January 17, 2021

Selamat kembali ke sekolah dengan norma baharu.

Selamat kembali ke sekolah..Sesi persekolahan tahun 2021 akan bermula 20 Januari 2021 melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PDPR). PDPC secara bersemuka yang dijadualkan terpaksa ditangguhkan kerana berikutan keadaan semasa jangkitan COVID-19 yang semakin membimbangkan.